Vernice Jones, MCC

Malaysian version.

Vernice membantu para pemimpin untuk membawa lebih banyak potensi kepimpinan kepada peranan mereka, dan membantu mengembangkan kapasiti dalam memimpin. Dengan lebih daripada 15 tahun pengalaman bekerja dengan syarikat-syarikat Fortune Global 500 dan pelbagai pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Vernice Jones mencipta program-program kepimpinan berpengalaman dan penyelesaian pembangunan kepimpinan yang menghubungkan dan memacu hasil bisnes. Vernice mempunyai pengalaman luas dalam bekerja dengan para eksekutif C-Suite dan pemimpin korporat, menyediakan penilaian kepimpinan menyeluruh, bimbingan eksekutif dan pengaturcaraan berpengalaman. Beliau telah menjalankan lebih daripada 500 penilaian dan taklimat kepimpinan, membatu para pemimpin mempelajari lebih lanjut mengenai kekuatan dan kesan kepimpinan mereka.

Vernice dikenali sebagai perancang program kepimpinan berpengalaman yang mengemukakan kecemerlangan, wawasan dan pengalaman sebenar daripada para peserta, dan menyumbang kepada hasil perubahan kerjaya yang baik. Beliau telah merancang dan menyampaikan banyak program pembangunan kepimpinan dalam pelbagai industri, untuk semua peringkat pemimpin korporat dalam pelbagai bidang

Vernice telah bekerja dengan pelbagai syarikat, termasuk The United Nations, Cargill, Nielsen, The Chicago Tribune, Newsday, United Technologies, Sikorsky Aircraft, Mitre, TASC dan Girl Scouts of the USA.

Vernice merancang sebuah kurikulum dua minggu dan melatih pengajar untuk para calon pelajar Duke University’s Prestigious Leadership Academy di North Carolina, Shanghai dan Beijing – China. Vernice juga merupakan kakitangan ahli di Georgetown University’s International Executive Certificate dalam Program Latihan Kepimpinan. Melalui bisnes bimbingan eksekutifnya, beliau telah menjadi jurulatih eksekutif profesional untuk klien di Amerika Syarikat, Eropah, China, India, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Singapura. Vernice telah menyampaikan program kepimpinan maya untuk para peserta di Bahrain dan Arab Saudi. Beliau juga telah bekerja di sebilangan projek pembangunan masyarakat, antaranya ialah kem Origami untuk kanak-kanak perempuan di South Carolina, program bahasa Inggeris untuk warga  senior Cina, dan program untuk penatua gereja di Afrika Selatan, Zambia dan Nigeria.

Sebagai jurulatih yang disahkan, Vernice Jones telah melengkapkan program persijilan dari Coaches Training Institute, Organizational and Relationship Systems Coaching melalui CRR Global dan Center for Leadership Maturity. Beliau merupakan Ketua dan Jurulatih Mentor Program pensijilan jurulatih CoachMe. Beliau berkelayakan mentadbir profil Leadership Circle 360 dan Myers Briggs, MBTI. Vernice juga merupakan pengasas dan ketua bersama daripada Co-Active, iaitu komuniti latihan jurulatih untuk wilayah Washington DC/Maryland/Virginia. Beliau telah ditetatapkan sebagai MCC (Master Certified Coach) oleh International Coaching Federation.

Vernice lulus dari University of Maryland dengan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi. Seterusnya beliau mendapat ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan dan bidang Pentadbiran Perniagaan dari University of Maryland’s Robert H. Smith School of Business. Pada masa ini beliau sedang mengkaji Cina Mandarin dan menerjemahkan Tao Te Ching.

Vernice merupakan Pengasas dan Pengetua The Leadership Compass, iaitu firma perundingan yang menyediakan penyelesaian dalam bidang pembangunan kepimpinan yang inovatif kepada individu dan organisasi.